SELAMAT DATANG 2017...
BUTIRAN PERKHIDMATAN TASKI SESI 2017
INFO TENTANG TASKI AL-HIKMAH (ABIM SIK)
* Pembayaran Yuran bulanan setiap 1-5 Haribulan sahaja
* Makan, minum & mandi disediakan.
* Cuti Taski ABIM berdasarkan cuti sekolah kerajaan. Cuti am dan cuti khas.
* Caj Kelewatan pengambilan 1/2jam RM5.
* Wang pendaftaran tidak dikembalikan/ tempoh percubaan seminggu diberikan.
* Pengambilan pelajar transit mengikut sesi.
* Keperluan penjagaan pada hari Sabtu harus dimaklumkan
sekurang-kurangnya awal seminggu.
* Penjagaan untuk cuti panjang turut disediakan bergantung jumlah pelajar.
* Sekurang-kurangnya 6 orang pelajar ke atas.
* Info tentang penjagaan cuti panjang akan diberitahu dari masa ke semasa
oleh pihak Taski ABIM.
* Kepada sesi biasa caj tambahan akan dikenakan pada kadar RM5 sehari.
* Kepada sesi hingga 5.30ptg (nursery) penjagaan secara
percuma diberikan jika ada permintaan.
* Sebarang maklumat terkini hubungi 013-4183410 atau
lawati http:// www. taskialhikmah.blogspot.com
CARA MEMBERI SALAM DI KUBUR
Apabila seseorang itu sampai ke tanah perkuburan, disunatkan memberi salam kepada ahli kubur terlebih dahulu.
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah bin Mutalib bahawa Rasulullah ketika menziarahi tanah perkuburan, Baginda mengucapkan kata-kata yang maksudnya:
“Mudah-mudahan Allah mencurahkan limpah kesejahteraan kepada kamu sekalian wahai penghuni-penghuni kubur daripada kalangan orang mukmin. Semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang telah mendahului kami dan orang yang kemudian. Sesungguhnya insyaallah kami akan menyusul kamu sekalian.” (Hadis riwayat Muslim).
Amalan memberi salam ini sebaik-baiknya dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi itu.
Lafaz salam kepada ahli kubur secara umumnya adalah sebagaimana berikut: ( السلام عليكم يا أهلَ القبور ) “Assalaamu ‘alaikum yaa ahlal qubuur”. Atau lafaz salam yang khusus misalnya ( السلام عليكم يا أبي ) “Assalaamu ‘alaikum ya abi (wahai ayahku) atau yaa ummi (wahai ibuku)”.
Lafaz yang lebih khusus untuk ahli kubur adalah sebagaimana berikut:
( السلام عليكم دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِيْنَ, أَنْتُمُ سَّابِقُوْنَ وَنَحْنُ لاَحِقُوْنَ, يَغْفِرُ اللهُ لَنَا وَلَكُمْ )
(Sejahtera atas kamu penghuni tempat kaum Mukminin. Kamu telah
mendahului dan kami akan menyusul kamu. Semoga Allah mengampuni kami .)
Kemudian tujuilah kubur yang hendak diziarahi itu dan berdiri atau duduk di hadapannya dengan mengadap kepadanya (membelakang kiblat) serta memberi salam kepadanya. Walaupun mayatnya sudah lama dan sudah hancur tetapi yang penting rohnya ada dan tahu siapa yang menziarahinya.
Ini diambil dari sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi salam kepadaku Allah akan mengembalikan rohku dan akan menjawab salamnya".
Selain itu, disunatkan berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon kepada Allah semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan, kesejahteraan dan sebagainya.
CARA KIRIM SALAM KEPADA YANG JAUH
Sudah menjadi tradisi di kalangan kita untuk saling berkirim salam kepada saudara kita melalui orang lain. Tetapi ada perilaku yang masih canggung bagi kita untuk berkirim salam, iaitu isi salamnya justeru seringkali tidak tersampaikan. Maka cara berkirim salam adalah sebagai berikut, iaitu melibatkan 3 pihak dan caranya masing-masing:
Pertama, untuk pihak pengirim salam mestinya mengirim salam sekaligus menyebut lafaz salamnya, sebagai mana seseorang yang berkata, "Saya mahu kirim surat kepada si Fulan", maka tentunya dia akan mengambilkan surat tersebut dan diberikan kepada pengirimnya. Maka seorang pengirim salam ketika mengatakan, "Saya kirim salam buat si Fulan" dia harusnya menambahkan, (ورحمة الله وبركاته السلام عليك وعليه ) "Assalaamu ‘alaika wa alaihi warahmtullaahi wabarakaatuh".
Kedua, untuk pihak pembawa salam mestinya menyampaikan salam sekaligus isi salamnya. Sebagaimana Pak Pos yang berkata,"Ada surat untuk Encik" kemudian dia akan menyerahkan surat tersebut kepada orang yang dituju. Demikian pula seorang pembawa salam ketika berkata kepada orang yang dituju, "Si Fulan kirim salam kepada awak" maka salamnya harus disampaikan, ( السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ) "Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh".
Ketiga, pihak penerima salam hendaknya membalas salam dari saudaranya sekaligus isinya. Maka seharusnya ketika dia berkata menerima salam dari sahabat atau saudaranya maka dia harusnya berkata, (ورحمة الله وبركاته وعليكم وعليه السلام )"Wa alaikum wa alaihis salaam warahmatullhi wabarakaatuh".
Demikianlah seharusnya tertib cara mengirim salam kepada saudaranya melalui orang lain.
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN DAN HADIS BERKAITAN
Hadis 1
Hadis 2
Hadis 3
Hadis 4
Hadis 5
Hadis 6
Hadis 7
Hadis 8
Hadis 9
Hadis 10
CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR
APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?
SIAPAKAH YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR??
2. Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.
BILAKAH LAILATUL QADAR ??
MALAM LAILATUL QADAR..
Alhamdullillah kita sudah pun sampai sepuluh malam terakhir Ramadhan..
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandanagn jumhur ulama' dan umat Islam.
LAFAZ NIAT PUASA
Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
UCAPAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
PETUA KUATKAN TULANG KANAK-KANAK
TIP MERAPATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK-ANAK
LAGU ABIM
PERJUANGAN
Menegakkan Kebenaran
Memperjuangkan Keadilan
Satu Perjuangan demi Keimanan
ABIM Bangunkan Usaha
Angkatan Belia Islam
Angkatan Maju Cemerlang
Mengorak Langkah Lalui cabaran
ABIM Tetap Gigih Berbakti
Bangunlah Belia Islam
Persiakan Keupayaan
Membela Kedaulatan
ABIM Terus Kehadapan
Menghadapi Masa Depan
DenganPenuh Keyakinan
Hasrat Dirangsangkan Tekad Perkuatkan
ABIM Terus Berjasa
Lagu: Abd. Hamid Baharudin
Lirik : Mohd Azmi Abd. hamid



