Container Icon

SELAMAT DATANG 2017...

SELAMAT DATANG 2017...

CARA MEMBERI SALAM DI KUBUR


Salam Di Kubur‎
Apabila seseorang itu sampai ke tanah perkuburan, disunatkan memberi salam kepada ‎ahli kubur terlebih dahulu. ‎

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah bin Mutalib bahawa ‎Rasulullah ketika menziarahi tanah perkuburan, Baginda mengucapkan kata-kata yang ‎maksudnya: ‎

‎“Mudah-mudahan Allah mencurahkan limpah kesejahteraan kepada kamu sekalian wahai ‎penghuni-penghuni kubur daripada kalangan orang mukmin. Semoga Allah memberi ‎rahmat kepada orang yang telah mendahului kami dan orang yang kemudian. ‎Sesungguhnya insyaallah kami akan menyusul kamu sekalian.” (Hadis riwayat Muslim). ‎

Amalan memberi salam ini sebaik-baiknya dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi ‎perkuburan ‎dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang ‎diziarahi itu. ‎

Lafaz salam kepada ahli kubur secara umumnya adalah sebagaimana berikut: ( ‎السلام ‏عليكم يا أهلَ القبور‎ ) “Assalaamu ‘alaikum yaa ahlal qubuur”. Atau lafaz salam yang ‎khusus misalnya ( ‎السلام عليكم يا أبي ‏‎ ) “Assalaamu ‘alaikum ya abi (wahai ayahku) atau ‎yaa ummi (wahai ibuku)”.‎

Lafaz yang lebih khusus untuk ahli kubur adalah sebagaimana berikut:‎

‎( ‎‏
 السلام عليكم دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِيْنَ, أَنْتُمُ سَّابِقُوْنَ وَنَحْنُ لاَحِقُوْنَ, يَغْفِرُ اللهُ لَنَا وَلَكُمْ‎ )‎
‎"Assalamualaikum dara qaumin mukminin, antumussabiqun wa nahnu‎‏ ‏lahiquun ‎yaghfirullahu lanaa wa lakum."‎

‎(Sejahtera atas kamu penghuni tempat kaum Mukminin. Kamu telah‎
mendahului dan kami akan menyusul kamu. Semoga Allah mengampuni kami .)‎

Kemudian tujuilah kubur yang hendak diziarahi itu dan berdiri atau duduk di hadapannya ‎dengan mengadap kepadanya (membelakang kiblat) serta memberi salam kepadanya. ‎Walaupun mayatnya sudah lama dan sudah hancur tetapi yang penting rohnya ada dan ‎tahu siapa yang menziarahinya. ‎

Ini diambil dari sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi ‎salam kepadaku Allah akan mengembalikan rohku dan akan menjawab salamnya".‎
‎ ‎
Selain itu, disunatkan berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat ‎kedua-dua ‎belah tangan dan mohon kepada Allah semoga roh ahli kubur dilimpahi ‎dengan rahmat, ‎keselamatan, kesejahteraan dan sebagainya.

0 ulasan :

Post a Comment

http://www.englishexercises.org/makeagame/viewgame.asp?id=9988