Container Icon

SELAMAT DATANG 2017...

SELAMAT DATANG 2017...

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada seri paduka
Kami tumpakan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik :Hashim Ahmad

SAMBUTAN HARI GURU-GURU TASKI KEDAH


  Diadakan di Carnival Water Theme Park Sungai Petani,Kedah

Bacaan Al-Quran oleh adik Muhd Amir Zuhdi Bin Shamsul Kamar

Persembahan anak-anak taski abim Sungai Petani



Sambutan ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang
ini antara kakitangan Taski Al-Hikmah

BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR MEMBACA??

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.



0 hingga 2 ½ tahun
  • mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
  • belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
  • kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
  • rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
  • kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun
  • peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
  • terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
  • perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
  • kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
  • pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus
  • bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
  • mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun
  • perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
  • kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
  • corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
  • mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
  • Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
  1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
  2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
  3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
  4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
    Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
    Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

KESAN TIDAK TAHU MEMBACA.

Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.

Pengaruhi minat belajar
Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar
Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk
Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba
Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

MASALAH YANG MENGHALANG MINAT MEMBACA KANAK-KANAK

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak

Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

  • Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
  • Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
  • Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
  • Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
  • Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
  • Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
  • Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
  • Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

MEMBENTUK KEMAHIRAN MEMBACA KANAK-KANAK

Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.


Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.
Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :

  • Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
  • Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
  • Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

PERINGKAT AWAL BERMULA DARI KANAK-KANAK 3 HINGGA 6 TAHUN.

Ciri-ciri

  1. Kanak-kanak sudah mengenali jantina mereka sendiri
  2. Keadaan ini dapat dilihat mereka memegang kawasan kemaluan mereka sendiri.
  3. Pada kanak-kanak perempuan, keadaan ini dinamakan elektra kompleks. Kanak-kanak perempuan akan tertarik kepada ibu bapanya dan cuba meniru gaya ibunya untuk mendapat perhatian ayahnya.
  4. Kanak-kanak lelaki akan mengalami keadaan oedipus kompleks iaitu lebih tertarik kepada ibunya. Kanak-kanak lelaki ini akan cuba meniru gaya bapanya untuk menarik perhatian ibunya.
  5. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula pandai membela diri dalam mengatasi masalah penyelesaian.
  6. Peringkat ini dikenali dengan nama peringkat pendaman.
  7. Keinginan seksual kanak-kanak terpendam untuk sementara waktu.
  8. Kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan dan mula sibuk dengan aktiviti persekolahan
  9. Kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka.
  10. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang bergaul akan merasa tidak puas berkawan apabila besar nanti dan mereka akan sukar bergaul, suka mengasingkan diri, suka menarik diri dan merasa diri terkongkong.

Pemakanan
  • Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda.
  • Tip bila anak anda tidak berminat untuk makan…..


      1. Tarik minat anak anda terhadap makanan
      2. Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu
      3. Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan
      4. Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan
      5. Sediakan makanan yang menarik
      6. Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik
      7. Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk
      8.  Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik
      9. Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas
      10. Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan
      11. Elakkan memarahi anak anda semasa makan
      12. Jangan ugut anak anda untuk makan
      13. Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak
      14. Galakkan anak anda makan sendiri
      15. Makanlah bersama-sama

Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula. Beri makanan ringan yang berkhasiat.

Makanan ringan yang digalakkan:
· Jagung rebus, sandwic, buah-buahan, susu kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola ikan, keropok lekor.

Makanan ringan yang tidak digalakkan :
· Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat, Biskut krim, kek manis, Minuman bergas, Sirap

http://www.englishexercises.org/makeagame/viewgame.asp?id=9988