Container Icon

SELAMAT DATANG 2017...

SELAMAT DATANG 2017...

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2017


BUTIRAN PERKHIDMATAN TASKI SESI 2017

Ø HARI TASKI BEROPERASI
1. TASKI di buka pada hari Ahad hingga Khamis.
2. TASKI tutup pada cuti umum Jumaat dan Sabtu.
3. TASKI ditutup pada cuti umum yang digazetkan.
4.TASKI juga ditutup pada hari-hari cuti sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ø MASA TASKI BEROPERASI
1. 8.00 pagi hingga 5.00 petang
2. Bayaran lebih masa (O/T) RM10.00 sejam akan dikira selepas 15 minit dari waktu pengambilan anak.
3. Caj RM15 sehari juga dikenakan bagi pelajar transit yang menghantar sebelum waktu transit. 

INFO TENTANG TASKI AL-HIKMAH (ABIM SIK)


INFO TENTANG TASKI AL-HIKMAH (ABIM SIK)


PAKEJ BIASA

* Pembayaran Yuran bulanan setiap 1-5 Haribulan sahaja
* Makan, minum & mandi disediakan.
 * Cuti Taski ABIM berdasarkan cuti sekolah kerajaan. Cuti am dan cuti khas.
* Caj Kelewatan pengambilan 1/2jam RM5.
* Wang pendaftaran tidak dikembalikan/ tempoh percubaan seminggu diberikan.
* Pengambilan pelajar transit mengikut sesi.
* Keperluan penjagaan pada hari Sabtu harus dimaklumkan 
sekurang-kurangnya awal seminggu.

PAKEJ CUTI SEKOLAH
* Penjagaan untuk cuti panjang turut disediakan bergantung jumlah pelajar.
* Sekurang-kurangnya 6 orang pelajar ke atas.
* Info tentang penjagaan cuti panjang akan diberitahu dari masa ke semasa 
oleh pihak Taski ABIM.
* Kepada sesi biasa caj tambahan akan dikenakan pada kadar RM5 sehari.
* Kepada sesi hingga 5.30ptg (nursery) penjagaan secara
 percuma diberikan jika ada permintaan.
* Sebarang maklumat terkini hubungi 013-4183410 atau 
lawati http:// www. taskialhikmah.blogspot.com

CARA MEMBERI SALAM DI KUBUR


Salam Di Kubur
Apabila seseorang itu sampai ke tanah perkuburan, disunatkan memberi salam kepada ahli kubur terlebih dahulu.

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah bin Mutalib bahawa Rasulullah ketika menziarahi tanah perkuburan, Baginda mengucapkan kata-kata yang maksudnya:

“Mudah-mudahan Allah mencurahkan limpah kesejahteraan kepada kamu sekalian wahai penghuni-penghuni kubur daripada kalangan orang mukmin. Semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang telah mendahului kami dan orang yang kemudian. Sesungguhnya insyaallah kami akan menyusul kamu sekalian.” (Hadis riwayat Muslim).

Amalan memberi salam ini sebaik-baiknya dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi itu.

Lafaz salam kepada ahli kubur secara umumnya adalah sebagaimana berikut: ( السلام ‏عليكم يا أهلَ القبور ) “Assalaamu ‘alaikum yaa ahlal qubuur”. Atau lafaz salam yang khusus misalnya ( السلام عليكم يا أبي ‏ ) “Assalaamu ‘alaikum ya abi (wahai ayahku) atau yaa ummi (wahai ibuku)”.

Lafaz yang lebih khusus untuk ahli kubur adalah sebagaimana berikut:

(
 السلام عليكم دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِيْنَ, أَنْتُمُ سَّابِقُوْنَ وَنَحْنُ لاَحِقُوْنَ, يَغْفِرُ اللهُ لَنَا وَلَكُمْ )
"Assalamualaikum dara qaumin mukminin, antumussabiqun wa nahnu‏ ‏lahiquun yaghfirullahu lanaa wa lakum."

(Sejahtera atas kamu penghuni tempat kaum Mukminin. Kamu telah
mendahului dan kami akan menyusul kamu. Semoga Allah mengampuni kami .)

Kemudian tujuilah kubur yang hendak diziarahi itu dan berdiri atau duduk di hadapannya dengan mengadap kepadanya (membelakang kiblat) serta memberi salam kepadanya. Walaupun mayatnya sudah lama dan sudah hancur tetapi yang penting rohnya ada dan tahu siapa yang menziarahinya.

Ini diambil dari sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi salam kepadaku Allah akan mengembalikan rohku dan akan menjawab salamnya".
‎ ‎
Selain itu, disunatkan berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon kepada Allah semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan, kesejahteraan dan sebagainya.

CARA KIRIM SALAM KEPADA YANG JAUH


Kirim Salam Kepada Yang Jauh
Sudah menjadi tradisi di kalangan kita untuk saling berkirim salam kepada saudara kita melalui orang lain. Tetapi ada perilaku yang masih canggung bagi kita untuk berkirim salam, iaitu isi salamnya justeru seringkali tidak tersampaikan. Maka cara berkirim salam adalah sebagai berikut, iaitu melibatkan 3 pihak dan caranya masing-masing:
‎ ‎
Pertama, untuk pihak pengirim salam mestinya mengirim salam sekaligus menyebut lafaz salamnya, sebagai mana seseorang yang berkata, "Saya mahu kirim surat kepada si Fulan", maka tentunya dia akan mengambilkan surat tersebut dan diberikan kepada pengirimnya. Maka seorang pengirim salam ketika mengatakan, "Saya kirim salam buat si Fulan" dia harusnya menambahkan, (ورحمة الله وبركاته ‏‎ ‎‏ السلام عليك وعليه‏ ) "Assalaamu ‎‎‘alaika wa alaihi warahmtullaahi wabarakaatuh".
‎ ‎
Kedua, untuk pihak pembawa salam mestinya menyampaikan salam sekaligus isi salamnya. Sebagaimana Pak Pos yang berkata,"Ada surat untuk Encik" kemudian dia akan menyerahkan surat tersebut kepada orang yang dituju. Demikian pula seorang pembawa salam ketika berkata kepada orang yang dituju, "Si Fulan kirim salam kepada awak" maka salamnya harus disampaikan, ( السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ) "Assalaamu ‎‎‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh".
‎ ‎
Ketiga, pihak penerima salam hendaknya membalas salam dari saudaranya sekaligus isinya. Maka seharusnya ketika dia berkata menerima salam dari sahabat atau saudaranya maka dia harusnya berkata, (ورحمة الله وبركاته‎ ‎وعليكم وعليه السلام )"Wa alaikum wa alaihis salaam‏ ‏ warahmatullhi wabarakaatuh".

Demikianlah seharusnya tertib cara mengirim salam kepada saudaranya melalui orang lain.

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN DAN HADIS BERKAITAN

Hadis 1

Daripada Abu Hurairah RA katanya:
Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya:“Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Hadis 2
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW:
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya” (Diriwayatkan oleh Al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)

Hadis 3
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Zat yang jiwaKu berada dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)

Hadis 4
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

Hadis 5
Abu Umamah r.a berkata:
“AKu bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah, tunjukkan daKu satu amalan yang membolehkan daKu memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya” (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

Hadis 6
Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

Hadis 7
Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)

Hadis 8
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Diriwayatkan Tirmizi dan Nasa’i)

Hadis 9
Dari ‘Uqail dari Ibnu Syihab, katanya : “Aku telah diberitahu oleh ibnu Abi Anas ketua dari kabilah Taimi mengatakan bahawasanya ayahnya memberitahukan kepadanya bahawa Abu Hurairah r.a. berkata : “Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahanam, dan dirantai semua syaitan.” (Diriwayatkan Bukhari)

Hadis 10
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
” Ramadhan telah datang kepada kamu, Ia merupakan bulan yang berkat, Allah SWT memfardukan ke atas kamu puasa di bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu pada syaitan-syaitan yang amat jahat. Pada bulan Ramadhan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikannya maka sesungguhnya dia diharamkan” (Diriwayatkan Saunan An-Nasa’ie Dengan Syarah Imam Suyuti )
Hadis 11
Daripada Ibn `Abbas RA katanya:
“Adalah Nabi SAW manusia yang paling pemurah dengan kebaikan, dan Baginda yang paling pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang bertiup kencang (dengan membawa hujan rahmat)”. (Diriwayatkan Bukhari)
Hadis 12
Daripada Abu Hurairah RA katanya:
“Puasa itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua kali. Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari minyak wangi kasturi. Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu adalah untukKu dan Aku yang membalasnya. Satu kebaikan itu dibalas dengan 10 yang seumpamanya” (Diriwayatkan Bukhari)
Dipetik dari Al-Hijrah Muamalat
Begitulah 12 hadis sahih berkaitan kelebihan bulan Ramadhan yang Dr Fuh dapat kongsikan. Subhanallah. Sungguh banyak kelebihannya. Semoga kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan amalan sunat dibulan Ramadhan selain puasa Ramadhan. In Shaa Allah.

CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR


CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR
1. Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).


2. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.

http://www.englishexercises.org/makeagame/viewgame.asp?id=9988